Friday, October 23, 2009

opinion of writer

{2009 tahun apa?


seringkali kita menyalahkn 'zaman' berdas-das seperti muntah peluru apabila disoal tentang cara hidup.
cara hidup itu sosial, cara hidup itu keluarga,cara hidup itu juga cinta.


'zaman dah berubah.'
'zaman sudah makin maju.'
'ini bukan zaman tok kaduk.'


muntahlah kalau kau mampu muntah.tapi ini kenyataan yang nyata memualkan.
aku beri contoh yg paling dekat.Bukan orang yang paling dekat, tapi situasi yang dekat dengan hati, dekat difikiran. supaya senang kau berfikir dan membandingkan.


apabila seorang perenpuan terkejar kesana kemari semata-mata untuk melihat orang yang bikin mencairkan hati. apa yang kau akan kata padanya?


'oh! baguslah, aku suka kau buat begitu!'
begitukah?


kalau betul itu ayat yang kau keluarkan dari mulut, kau memang mengikut arus permodenan. ataupun sangkaan aku yang kedua, kau BOHONG.


kalau kau kata begini pula,'kau gilakah, perigi mencari timba!' aku terasa mahu menghamburkan gelak. hey, tengok perigi pun mungkin kau tak pernah, mengapa mahu membangkitkan peribahasa lapuk itu?


aku dalam situasi tengah - tengah. mungkin ALLAH memberi kelebihan otak aku ini boleh berfikir bercabang- cabang. mari aku kongsikan apa yang besesak - sesak dalam fikiran aku sekarang:


satu
apa salah kalau perempuan bertindak? kan perempuan juga manusia. perempuan juga ada keinginan. kalau dah kaum yang satu itu lembab mengalahkan kekura, mahu kau tecongok sehingga Perdana Menteri bertukar 14 kali?


wahai rakyat malaysia, tak kisahlah kalau kau masih berkain batik dan bercucuk tanam di tanah batas sebelah rumah, minda itu perlu dikembangkan. bukalah sedikit ruang untuk perubahan disebabkan kemajuan. ruang sedikit itu mungkin berbalaoi untuk kau, untuk aku, untuk semua. sedikit, bukan seluruh. sedikit, bukan semua. sedikit dan bertapis.


dua
aku memerhati perempuan melayu itu snagat indah. lembut tuturnya, suci pemikirannya, sopan perlakuannya. aku sukakan itu. aku sangat sukakan nilai - nilai itu. kalau nilai gadaiannya boleh menagggung aku pusing satu dunia pun, aku takkan sanggup serahkannnya. orang perempuan itu patutnya pemalu, segan untuk berlebih - lebihan, takkan berani melawan mata dengan sang lelaki. aku tersenyum - senyum kala ini. teringat akan gadis - gadis dalam tayangan hitam putih filem zaman 60-an. tertunduk - tunduk bagaikan mau mencium tanah jika pemuda siap bersamping songket menegur dengan beberapa patah kata.


ahh.. alangkah baik kalau sekarang juga begitu, kerana sekarang lelaki pula yang berlari lintang - pukang tidak cukup tanah kalau perempuan ingin berkenalan. mungkin kerana lelaki sekarang sudah pandai. yalah, zaman dahulu mana ada perempuan high maintenance!


pertimbangkanlah. aku cuma menulis, bukan pembuat keputusan. kau pilihlah mana kau suka. pendapat aku sudah lontarkan. kalau kau pilih alasan satu aku tak kisah, kalau kau piloh alasan dua pun aku tak marah. aku harap akau bijak, kerana kita berongsi kaum. aku juga perempuan wahai sekalian. seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit.


kau jangan mengejek aku kerana aku menggunakan peribahasa lapuk ini. aku pernah tengok perigi, bukan macam kau. bukan kau, tapi kau yang lain. -ASKARA-}


yg ni aku cilok dalam blog orang..
aku jus amik karya ni sbb bes mksud ny..
betul gak ape yg penulis ni kta..
renung renungkan lah..
siapa diri kita sekarang ni..
pilih la yg mana satu kategori korg..

3 comments:

Eyn said...

sape aku??? lalallaala....
hehhe..saje nak comment!

nemo kaler oren said...

asal kt blog hg aku x leh nk coment???
x aco tol la..

Eyn said...

entah..aku pun tensen x leh comment..lallala